
nishapubalan1805
5 tahun
Jantung Berdebar Dan Rasa Cemas Serta Berpeluh
Salam Doc…Suami says berumur 35 tahun .Dia tiba-tiba rasa cemas jantungnya berdebar begitu pantas dan berpeluh…
Apakah Harus says lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi suami puan. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung berdegup laju secara tiba-tiba ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah thyroid seperti hyperthyroid dan Grave’s disease
- masalah jantung seperti ketidakseragaman denyutan jantung
- pemakanan seperti pengambilan kafein dan alkohol
- ketidakseimbangan eliktrolit dan nutrisi dalam badan terutamanya gula
- serangan jantung
- kesan sampingan ubat-ubatan
- masalah seperti anxiety disorder
- komplikasi daripada masalah paru-paru seperti pneumonia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat dengan lebih tepat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.