
Sulit
5 tahun
Jantung berdebar dan tidak bermaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr…Saya lelaki berumur 27 tahun dan tidak merokok…baru2 ini saya menghadapi sedikit masaalah iaitu jantung berdebar…Ia berlaku secara tiba2 dan disertai tekak yang terasa pahit,dan sedikit kebas di tangan dan hujung jari dan badan terasa tidak bermaya,Ia berlarutan selama beberapa minit tetapi tidak berasa sakit dada…adakah ianya simptom penyakit jantung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam dan salam sejahtera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom penyakit jantung adalah seperti berikut:
Terasa tekanan, sakit, sempit atau sakit pada dada, lengan merebak ke leher, rahang dan bahagian belakang
Mual, ketidakhadaman, pedih ulu hati atau sakit perut
Sesak nafas
Berpeluh
Keletihan
Pening kepala
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.