
agussyafika
4 tahun
Jantung Berdebar, mual dan sukar untuk bernafas
Saya wanita dalam 20’ an dan telah berkahwin. Kebelakangan ini saya mengalami jantung berdebar. Keadaan itu juga turut disertai dengan gejala lain seperti merasa takut/resah, sakit perut, kaki/tangan berpeluh, mual dan sukar untuk bernafas. Selalunya keadaan itu akan terjadi apabila saya bersendirian atau ketika pulang dari kerja. Saya memang agak stress kebelakangan ini dan sering berfikir berlebihan. Adakah ini dipanggil ‘Panic Attack’ ? Harap doktor boleh tolong jawab soalan saya dan berikan sedikit tips tentang cara mengawal stress. Terima Kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Serangan panik (Panic Attack)
- Penyakit keresahan - jika gejala ini berpanjangan dan mengganggu kehidupan sosial anda
- Masalah tiroid - seperti hipertiroid
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit asma
Bagi mengurangkan stres, anda boleh mencuba kaedah seperti bersenam dikawasan flora bersama suami atau kawan anda, membuat pembahagian masa bagi kerja dan kehidupan dirumah, ikuti teknik CBT (cognitive behavioral therapy) ataupun merujuk kepada kaunsellor jika mempunyai masalah menangani stres dan konflik. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.