
nrlandia99
5 tahun
Jantung berdebar , perasaan takut , sejuk dan sukar untuk bertenang untuk bernafas
Salam sejahtera, sy sering terjaga pd wktu malam… sejuk dan jantung berdegup laju… perasaan takut,berdebar… sy juga sering berfikiran negatif… sy pernah melalui saat yang mencemaskan sehingga sy menjadi fobia… apakah yg perlu sy lakukan? Adakah inj tanda tanda anxiety?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anxiety merupakan kondisi mental yang seseorang ini akan mengalami gejala seperti:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Cara untuk mengatasi yang paling berkesan adalah untuk berjumpa dengan seseorang doktor pakar psikiatri. Doktor pakar ini akan mengajar teknik-teknik pernafasan atau manuever untuk mengurangkan gejala yang dialami. Sekiranya kondisi ini terlalu teruk, doktor pakar ini akan memberi ubatan untuk mengawal kondisi tersebut.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma. Terima kasih.