
monicachin00
5 tahun
Jantung berdebar secara tiba-tiba walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti
saya wanita yg berumur 19 tahun . sya juga tidak sedar sejak bila lagi saya sedar dengan masalah tersebut.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Antara faktor jantung laju dan berdebar adalah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika keadaan ini berterusan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!