Sulit
3 tahun
Jantung berdebar, sesak nafas
Saya wanita berumur 20 an. Sejak 3 minggu ini saya mengalami berdebar tanpa sebab, says rasa takut tanpa sebab Dan saya juga dapat rasa senyuman jantung sy sendiri. Saya juga mengalami kesukaran utk nafas.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah kesesakan nafas dan jantung berdebar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- masalah ritma jantung
- masalah hormon tiroid
- masalah anemia
- masalah anxiety
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor jika keadaan ini berterusan agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.




































