Sulit
2 tahun
Jantung berdebar setiap kali rehat
Sy sering mengalami berdebar kencang sampai terdengar di telinga kadar heart rate sy ketika rehat 100-110-120
Dan ketika itu rasa pening dan mata rasa kabur…ujian echo dan ecg dah sy jalani semuanya normal tiada kesan masalah jantung…adakah gerd aNd anxiety
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik pada link di bawah untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara PERCUMA perihal kesihatan jantung. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Jantung berdebar boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi