
Sulit
5 tahun
Jantung berdebar tangan menggigil dan kaki sejuk
saya seorang isteri dan ibu kepada seorang anak berumur 1 tahun 7 bulan. Saya mengalami gejala jantung berdebar tangan menggigil dan kaki sejuk sejak beberapa hari ini. Sebelm ini sy ada mengalami nya tapi tidak sekerap sekrang. apakah punca nya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung berdebar dan tangan menggeletar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation (Ritma jantung yang tidak teratur)
- Angina pectoris (Penyakit jantung di mana sebahagian saluran darah anda telah tersumbat)
- Penyakit kegelisahan (Anxiety)
- GERD (Penyakit pedih ulu hati)
- Hipertiroidism
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.