
illyanieasri
5 tahun
Jantung berdgup dgn laju
Sy wanita 20an. Sy selalu berasa berdebar dan sy berasa jantung sy brdgup dgn laju. Sy tidak selesa. adakah ini satu penyakit serios

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia (kekurangan darah merah)
Masalah tiroid
Serangan panik
Masalah ritma jantung
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum diagnosis yang tepat dapat dikenalpasti.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.