
Sulit
5 tahun
Jantung bergerak laju , badan tangan sering ketar
Doktor , saya berusia 20 tahun. Sejak kebelakangan ini jantung saya sentiasa laju , bila check dengan alatan tekanan darah tu kelajuan dia kadang2 98-105 tiap2 hari mcm tu dah dekat sebulan, badan terasa ketar , kadang pening, tapi rambut saya banyak sangat gugur. Hemoglobin saya dri dulu rendah, dlu doktor bagi ubat tambah darah , saya makan tu rasa mual je, mengantuk , ada sekali muntah keluar ketulan besar warna merah pekat. Jadi kenapa ye doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah sel darah merah rendah (anaemia)
- masalah hormon tiroid yang berlebihan
- masalah jantung
- genetik
Namun, bagi mengenalpasti penyebab masalah anda anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.