
Sulit
5 tahun
Jantung Berlubang & Risiko Covid-19
Salam Sejahtera Doc, Sy wanita 30’an yg disahkan sakit jantung berlubang lastyear before doc check for operation due to blood clots. Fyi, sy kerap mudah letih sejak bersalin, mengah-mengah, jantung berdebar2, dan mengalami sesak nafas yg plg teruk since end lastyr. Antibodi sy makin lemah after blood clots operation lastyear. Sy lagi mudah penat & akn sesak nafas bila bekerja di ofc esp. Isn’t have any risks to me within PKP pandemic Covid-19 ? Tq ur advice doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Anda tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Hal ini kerana, imuniti anda rendah, dan virus ini mudah mengjangkiti anda. Oleh itu, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan sangat serius. Sekiranya boleh, anda harus mengehadkan kontak anda dengan orang lain. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini