
Sulit
3 tahun
Jantung kerap berdebar laju tanpa sebab
Hey doc! I am a female student,18 y/o. So saya ade satu problem yang effect saya punya lifestyle. Saya punya jantung always laju sampai boleh dengar denyutan jantung saya… sometimes rasa macam ada benda kt tekak even takde ape pon dalam tekak tu then rasa macam tak boleh bernafas… and bila benda ni jadi saya jadi takut sampai rasa macam saya akan mati masa tu. saya jadi overthinking… I have trouble sleeping too… Is this because of stress?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecelaruan panik
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Pembesaran amandel
- Penyakit esofagus
- Penyakit kelenjar tiroid
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Perubatan.