Sulit
3 tahun
Jantung laju tiba-tiba dan susah bernafas
Hi,saya mengalami masalah apabila jantung saya tiba² laju dan saya akan terbatuk. Boleh tahu apa puncanya? Adakah ini simptom² untk penyakit asma?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai, diagnosis yang tepat harus diperolehi. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara am, gejala-gejala yang dihadapi oleh anda boleh disebabkan oleh:
- Masalah kelenjar tiroid (hypertiroid)
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Penyakit jantung
- Serangan panik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!