Sulit
3 tahun
Jantung menjadi laju Dan kebas Di bahagian tangan apabila hendak bersama isteri
Sy lelaki berumur 32tahun, memepunyai 3 org anak… So masalah sy sebelum ini adalah kolestrol… Sy seorang yang aktif dalam aktiviti sukan. So masalah sy adalah, sejak kebelakangan ini, mood sy jadi down Dan jantung sy jadi laju serta kebas Di tangan… Hal ini terjadi apabila sy hendak bersama isteri untuk hubungan seks… So, ape yg perlu sy buat untuk permasalahan sy… Tq doc
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai kepercayaan anda bertanyakan soalan yang berunsur peribadi dan sensitif kepada kami
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, degup jantung normal manusia dewasa secara puratanya adalah antara 60-100 degupan seminit. Sekiranya degupan jantung anda dalam lingkungan kiraan ini, maka degupan jantung anda adalah normal. Namun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan degup jantung laju adalah:
- hipertiroid
- akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi atau teh
- akibat minuman alkohol
- akibat ubatan dan herba
- perasaan gementar yang berlebihan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Berdasarkan apa yang anda katakan, kemungkinan anda mempunyai “performance anxiety” sebelum memulakan hubungan intim adalah tinggi. Hal ini kerana degupan jantung yang laju serta perasaan kebas datang sebelum anda melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda. Anda juga berasa “down” akibat terlalu memikirkan perkara buruk yang boleh terjadi sekiranya melakukan hubungan seksual. Kami sarankan anda berjumpa dengan kaunselor yang bertauliah supaya anda dapat menguruskan emosi negatif ini dengan lebih baik supaya anda dapat mencapai kepuasan dalam perkahwinan serta menjadi lebih erat dengan pasangan anda.
Simptom yang merbahaya dan memerlukan perawatan segera adalah sesak nafas, pening, pengsan/hampir pengsan, sakit dada keterlaluan dan kelemahan secara tiba-tiba. Seandainya gejala yang berlangsung dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah