
Sulit
4 tahun
Jantung rasa berdebar tanpa sebab
saya wanita berumur 21 tahun. sejak kebelakangan ni saya asyik rasa berdebar tanpa sebab. sampai dada saya rasa sakit. even saya tak lakukan apa aktiviti tetap rasa berdebar sampai rasa sesak nafas. lepastu akan sakit di bahagian kanan dada macam dicucuk rasa sakit sangat. harini saya rasa benda yang sama sampai kepala saya pening nak pitang. rasa berdebar ni tak hilang langsung. kenapa ye doctor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu sakit dada di bahagian kanan dan rasa berdebar dengan kerap. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia (jantung mengepamkan darah dengan lebih kuat dan cepat akibat organ-organ tidak mendapat saluran darah dengan oksigen yang cukup).
- Fibrillasi atrium (jantung berdegup dalam tempoh yang salah)
- Serangan jantung
- Angina pectoris
- Jantung bengkak akibat kegagalan jantung
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian.
Jika anda ingin bercakap dengan doktor pakar, anda boleh klik di link ini: https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor
Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.