
Sulit
3 tahun
Jantung sakit sangat
Saya lelaki berumur 15 tahun saya seorang atlet …sejak kebelakangan ini jantung saya laju 120bpm keatas dan saya rasa sakit di bahagian dada sedikit apabila lepas sukan dada saya seperti di tekan dengan kuat dan jantung saya kadang kadang terberhenti 1 atau 2 saat itu membuatkan saya pening ataupun mual kalau saya rehat jantung saya berdegup laju sekitar 105bpm keatas bila jantung saya sampai 45bpm saya mual dan sakit dada yang teramat

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda berdebar disertai mual boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati terkait GERD dan gastritis
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- sakit otot
- sakit paru-paru
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.