
Sulit
4 tahun
Jantung saya berdebar debar
Bila saya letak tapak tangan didada sebelah kiri saya boleh rasa degupan jantung…adakah itu normal doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu jantung berdebar-debar. Terdapat pelbagai penyebab kepada masalah ini, antaranya ialah:
- Penyakit lemah jantung
- Kurang darah merah (anemia)
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- Sakit dada
- Berpeluh
- Demam
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
- Pitam
- Lemah dan lesu badan
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih