
Sulit
5 tahun
Jantung sentiasa berdebar debar
Hi doc, saya sering merasakan jantung saya berdebar2, kadang2 saya dapat rasa jantung bergerak. Lagi2 selepas berbuka puasa, selain itu, jika saya takut ataupun Dalam keadaan rileks jantung juga berdebar2. Kadang2 tangan Ada sedikit tremors too, in your opinion, what should I do? So far it’s not that worst, however it does worries me. I am 27 woman btw.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- anemia
- hipertiroidisme
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation (Ritma jantung yang tidak teratur)
- Angina pectoris (Penyakit jantung di mana sebahagian saluran darah anda telah tersumbat)
- Penyakit kegelisahan (Anxiety)
- GERD (Penyakit pedih ulu hati)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian.
Anda juga boleh bertanyakan perihal kesihatan jantung pada pautan di bawah. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!