
Sulit
4 tahun
Jantung terasa berdegup tidak sekata semasa hamil
saya wanita berumur 30 tahun. sejak hamil 6 bulan saya merasa jantung berdegup tidak sekata. apakah masalah yang saya alami? dan adakah ia bahaya pada saya dan kandungan? saya amat risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, ketika kehamilan, jumlah kandungan darah yang mengalir dalam ibu akan meningkat sebanyak 50% daripada jumlah darah sebelum kehamilan disebabkan oleh bayi kandungan yang memerlukan aliran darah demi mendapatkan nutrisi dan oksigen daripada ibunya. Oleh itu, jantung seseorang wanita yang hamil akan berdegup dengan lebih rancak atau laju (sedikit) berbanding sebelum kehamilan.
Gejala jantung berdegup tidak sekata tidak dapat dipastikan dengan hanya ‘merasa’ kerana ia boleh dikenalpasti melalui alat ECG yang boleh didapati di hospital. Jika anda boleh merasakan degupan jantung tersebut, ia lebih dikenali sebagai palpitations yang dimana degupan jantung anda boleh dirasai akibat degupan yang kencang dan pantas, dan juga anda boleh merasakan degupan tersebut lagi jelas kerana kehamilan anda akan menolak organ-organ usus dan juga otot pernafasan seperti diafragma ke arah atas, menyebabkan degupan tersebut boleh dirasa.
Namun, kami juga ingin menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Sesak nafas
- Kebiruaan pada jari-jari dan bibir
- Bayi yang tidak aktif dalam rahim
- Pendarahan
- Keguguran
- Keletihan dan tidak bermaya
- Simptom-simptom diabetes seperti kehausan, mulut kering, dan juga kerap membuang air kecil.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.