
Sulit
4 tahun
Jarak pengambilan ubat lain
Saya wanita berusia 26 tahun. Pukul 8 pagi saya mengambil ubat resdung, pukul berapa saya boleh mengambil panadol actifast?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, jawapan bagi soalan anda adalah amat subjektif mengenai penggunaan ubat selepas memakan ubat jenis lain. Tiada tetapan yang khas bagi memakan ubat setelah mengambil ubat lain seperti yang anda perihalkan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sebaiknya anda mengambil ubat mengikut aturan yang telah ditetapkan seperti berapa kali perlu makan satu hari, perlu dimakan sebelum atau selepas makan dan lain-lain.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.