
Sulit
5 tahun
Jari deep cut akibat cermin kaca
Saya puan Riza, suami saya mengalami darah yg non stop akibat deep cut. Dia ada cuba ke klinik tapi malangnya kebanyakan klinik sudah tutup. Adapun klinik 24hr tapi tidak ada khidmat jahit. Bagaimana ya?? Sy hanya dapat dressing jri dia shj. Drh tidak berhenti…help

5 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Kaedah untuk menghentikam pendarahan dengan segera adalah seperti berikut:
- Cuci luka dengan air yang mencurah-curah
- Sila letak gauze atau kain bersih pada luka tersebut dan berikan tekanan
- Bawa ke fasiliti kesihatan yang mempunyai servis kecemasan dengan ladar segera
Kelazimannya jangka masa pendarahan bagi setiap luka ialah 2-7 minit dan masa untuk berhenti pendarahan ialah 8-15 minit.
Namun, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masa untuk pendarahan berhenti. Antaranya ialah:
- Umur dan jantina
- Masalah kesihatan yang berkaitan dengan pendarahan
- Ganguan kepada luka
- Tempat serta kedalaman luka serta trauma
Jika pendarahan menjadi banyak atau berlarutan, anda dinasihati untuk pergi ke hosptal dengan kadar segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.