
nurulaifar97.na
5 tahun
Jari hitam dan sakit
Saya lelaki berumur 53 tahun, jari telunjuk saya sudah hampir sebulan, semakin teruk, secara fizikalnya jari telunjuk dari awal semerti merekah dan warna kulit menjadi gelap ungu dan sangat sakit sekiranya bersentuhan walaupun dengan benda lembut… Dan sekarang sudah hampir akhir minggu jari ketiga, setengah jari telunjuk saya sudah sangat sakit, dan menjadi warna seperti hitam kelabu. Masa menyerang kesakitan itu tidak menentu, tetapi sakitnya tidak tertahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jari hitam dan sakit seperti yang anda jelaskan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa penyakit, seperti:
- Buerger’s disease : sejenis penyakit yang mana jari biru akibat sumbatan saluran darah. Biasanya pada perokok berat
- Neuropati peripheral : kerosakan saraf akibat penyakit seperti kencing manis
- Acrocyanosis : apabila sel tubuh kekurangan oksigen
- Frostbite
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.