Sulit
5 tahun
Jari Manis bengkak disebabkan oleh terkena pintu
Jari saya bengkak setelah terkena pintu, bengkaknya agak besar dari jari sedia ada dan kemerah-merahkan dikawasan bawah distal phalanx.
bengkak itu terjadi juga dibahagian bawah distal phalanx, cuma saya xsure sama ada muscle pain atau distal phalax retak.
Boleh dapatkan nasihat doktor? rating sakit dalam 6 per 10.
TQ doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, sukar untuk saya memberi kesimpulan. Hal ini kerana untuk memastikan tulang patah imbasa X-ray diperlukan. Sekiranya pergerakan jari anda terhad disebakan oleh sakit dan kembang tersebut atau jari anda rasa kebas, saya galakkan untuk and berjumpa dengan doktor kerana kemungkinan untuk jari anda patah adalah sangat besar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































