
Sulit
4 tahun
Jari tangan kelinking patah
Saya lelaki brumur 27tahun, saya telah mengalami kemalangan patah jari kelingkin dan telah dimasukan K-wire di intermediate phalanx sehingga ke distal phalanx . Appointment akan tiba jumaat ini selepas 22 hari operation. Berapa lama tempoh untuk saya mula bekerja selepas K-Wire saya dicabut? Adakah masih diberi cuti? Saya bekerja sebagai juruteknik/maintainance. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan berkenaan masalah anda tentang bila dapat bekerja selepas K wire dicabut. Kami memahami anda seorang juruteknik yang pastinya memerlukan banyak tenaga dan tangan untuk bekerja.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, kami tidak boleh membuat apa apa rumusan kerana anda tidak memberikan maklumat yang mencukupi. Kami masih memerlukan info tentang betapa teruknya tangan anda, sejarah hidup anda yang relevan tentang masalah ini dan apa apa alahan anda.
Anda perlu bertanya pada doktor yang merawat anda atau berhubung dengan kami untuk memberikan maklumat lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.