
Sulit
4 tahun
Jatuh dari bumbung rumah
Hai , doktor saya ada soalan semalam lepas ayah saya jatuh dri atap bumbung ketika pasang atap , kecederaan ayah saya dekat bahagian pinggang dia , ayah saya boleh gerakkan kaki dia dgn tangan tapi bahagian pinggang dia terasa sakit sangt ayah saya kata berdenyut denyut tak boleh nk gerak rasa sakit bila gerakkan badan , apa tips penjagaan yg betul boleh saya buat ketika jaga ayah saya dan apa yg perlu saya hati² ketika jaga ayah saya waktu kat hospital ataupun dirumah nnti , ayah saya jatuh dri ketinggian 4meter lebih cm tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, berkemungkinan ayah anda mempunyai kecederaan pada tulang belakang atau pinggang beliau disebabkan beliau jatuh dari aras yang tinggi. Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana kami bimbang keadaan ini menjadi lebih teruk.
Berikut antara langkah penjagaan untuk pesakit yang mempunyai masalah tulang belakang:
- Dilarang untuk memusingkan badan
- Dilarang bergerak dengan terlalu kerap atau memusingkan badan terlalu laju
Masih risau dengan sakit pinggang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Ini hanyalah tips umum yang kami dapat berikan kerana kami tidak mengetahui kecederaan apakah yang ayah anda sedang alami. Kami sarankan anda membawanya berjumpa dengan doktor segera kerana kecederaan tulang pinggang atau belakang boleh mengganggu aktiviti harian secara signifikan. Anda juga boleh bertanya kepada doktor mengenai penjagaan dengan lebih mendalam.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.