
Sulit
5 tahun
Jatuh katil semasa tidur
rawatan perlu amik kalau anak jatuh katil…anak saya umur 9 bulan. baru jatuh katil. apa rawatan perlu saya amik

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jika anda dapati anak anda tidak aktif, kurang minum dan makan, muntah, pengsan, menangis dengan kuat, demam, anda harus membawanya segera ke hospital. pantau tanda-tanda ini. Anda boleh menyapu ubat di benjol kepalanya jika ada supaya surut. Imbasan CT tidak diperlukan kerana imbasan ini mempunyai kesan sampingan juga disebabkan penggunaan X-ray.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.