
himebalqis
5 tahun
Jawapan ovulation test kit
Hi doctor, saya nk tanya. Saya menggunakan ovulation test kid sejak minggu lepas untuk mengenal pasti hari ovulasi saya namun yang membuatkan saya pelik adalah hari sabtu line dua tu sama pekat tapi hari seterusnya hingga ke hari ini masih 2 line cuma warna test line lebih pudar dari control line.
Saya jugak merasakan ketegangan seperti cramp di peranakan dan perut saya terutama ketika saya baring melentang. Adakah itu menandakan hari ovulasi? Saya musykil mengenal pasti hari ovulasi kerana sudah seminggu saya menggunakannya.
Saya harap doctor dapat membantu saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Selain itu, berkaitan dengan ovulation test kit anda, cara menggunakannya dan bacaan keputusan adalah berlainan mengikut jenama. Oleh itu, anda disarankan untuk membaca manual penggunaan kit ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.