
Sulit
3 tahun
Jenis-jenis soalan yang akan ditanya oleh doktor
Salam sejahtera Dr. Saya wanita berumur 20-an. Saya nak tanya kalau saya pergi ke hospital nak cek keputihan yang saya alami iaitu keputihan patologik, apakah antara contoh maklumat dan soalan yang akan ditanya oleh pihak doktor serta apakah antara jenis pemeriksaan yang akan dilakukan oleh pihak doktor terhadap saya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui tentang jenis-jenis soalan yang akan ditanya oleh doktor semasa pemeriksaan berikutan gejala keputihan yang anda alami. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bagi mengenalpasti suatu penyakit, pemeriksaan menyeluruh diperlukan oleh seorang doktor. Selain pertanyaan mengenai sejarah kesihatan anda, ciri-ciri keputihan dan gejala tambahan yang mungkin anda alami, perlu ditanyakan oleh doktor. Pertanyaan lain juga mungkin ditanyakan lebih lanjut bergantung kepada jawapan anda semasa konsultasi nanti.
Pemeriksaan susulan pula dilihat kepada keperluan kondisi kesihatan anda, sama ada pemeriksaan fizikal, radiologi mahupun laboratorium (makmal).
Anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor, bagi mengelak sebarang komplikasi serius jika dibiarkan berlarutan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.