
trinafia
5 tahun
Jenis ubat tahan lama
Sy ade masalah cepat pancut. Ubat jenis ape yg boleh sy beli di farmasi utk membolehkn sy tahan lama

5 tahun
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Ejakulasi pramatang atau “Premature Ejaculation” (PE ) adalah jenis disfungsi seksual yang paling biasa pada lelaki berusia di bawah 40 tahun.Ia boleh mengecewakan dan bahkan memalukan.
Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang. Yang pertama ialah encik boleh mencuba mengurangkan kekerapan masturbasi. Yang kedua encik tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan. Encik juga boleh mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Terdapat beberapa ubat seperti ubat SSRI atau anxiolytic yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika encik melakukan hubungan intim. Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih