
Sulit
4 tahun
Jerawat berair dan bernanah
Saya berumur 20 tahun. Pada minggu lepas, terdapat 1 jerawat tumbuh di bahagian pipi kanan saya. Pada awalnya, macam jerawat biasa saja yang tumbuh. Lepas saya letak ubat jerawat yang selalu saya guna, jerawat tersebut pun sudah mula surut, tetapi hari yang kemudiannya, dia makin membulat, merah dan berair. Saya akan basuh atau lap air yang keluar dari jerawat tersebut dengan tissue. Tapi makin hari, dia makin membulat, merah dan selalu sangat keluar air, warna air tu bukan jernih, dia warna kuning cerah macam nanah. Apa yang patut saya buat? Sebab dah lebih seminggu dia selalu sangat berair dan tak sembuh. Saya tak ada allergy. Jerawat yang selalu tumbuh biasanya kecil dan cepat hilang. Tapi kali ini, dia makin membulat besar macam tompok merah dan berair. Waktu tidur saja dia kering tetapi tetap ada air keluar esoknya. Saya risau, saya tak pasti itu adalah jerawat ataupun ada masalah lain, mohon pencerahan. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- jerawat bertambah teruk akibat make up, kulit minyak, habuk
- allergi
- ruam
- tanda kolestrol tinggi
- Jangkitan kulit seperti folliculitis(keradangan liang roma )
Pemeriksaan yang lebih teliti perlu dilakukan untuk memberikan kesimpulan dan rawatan yang tepat dalam hal ini. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.