
Sulit
4 tahun
Jerawat di dahi tapi Tak boleh baik
Saya berumur 16 tahun Dan saya punya dahi ada macam acne, saya dah pakai banyak produk tapi acne tu Tak hilang. Jadi saya buat research Dan banyak kata itu fungal acne.Katanya akan Rasa gatal gatal tapi Saya punya Tak. Saya dah guna produk untuk treat acne tersebut tapi masih Tak hilang. Saya nak tahu adakah ianya jerawat ataupun bukan Dan apa treatment yang saya boleh guna.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham mengenai masalag yang anda sedang alami. Walau bagaimanapun, kami memerlukan maklumat lanjut mengenai masalah kulit yang anda sedang hadapi.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah demikian:
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah kulit: acne vulgaris, rosacea, folliculitis dan sebagainya
- Jangkitan bakteria, virus ataupun parasit pada bahagian kulit
- Alahan kepada makanan atau ubat-ubatan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk menyelesaikan masalah ini anda perlu berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan yang lebih cerah bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.