
Anonymous
5 tahun
Jerawat di kepala yang menyebabkan rasa ketidakselesaan
Saya wanita berumur 30 an. Saya jarang mengalami jerawat di kepala sebelum ini. Tetapi dalam tempoh 2 minggu ni, banyak jerawat / bisul tumbuh di kepala dan menyebabkan rasa ketidakselesaan. Boleh saya tahu ada ubat atau rawatan yang boleh mengatasi masalah ini? Atau ada ubat yang saya boleh dapatkan di farmasi. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah jerawat adalah antara masalah kulit yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Terdapat beberapa faktor risiko kepada jerawat seperti:
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
- Pemakanan
Manakala cara-cara pencegahan jerawat yang umum boleh diamalkan seperti:
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress
Pengambilan ubat-ubatan tambahan seperti antibiotik, krim sapuan dan ubat pil perlu mendapatkan nasihat serta priskripsi doktor terlebih dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.