Sulit
2 tahun
Jerawat seperti jerawat batu pada kemaluan
Saya lelaki dan berumur 17 tahun…pada umur 16, terdapat jerawat sprt. jerawat batu pada batang bahagian bwh zakar saya. Saya pernah memicitnya dan keluar isi bewarna putih tetapi jerawat itu masih belum hilang… Adakah ia normal dan ape yg perlu saya lakukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan kuman pada lapisan kulit
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika anda ada melakukan hubungan seks
- Akibat reaksi keradangan apabila terdapat alergi terhadap bahan fabrik ataupun sabun
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.