
Sulit
4 tahun
Jerawat yang tumbuh di miss v
Saya wanita umur 20an dan belum berkahwin. Soalan Saya. Kenapa tiba2 timbul jerawat do dalam miss v ? Bibir2 miss v ? Terasa sakit bila disentuh . Boleh beri pencerahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
- Ketuat di bahagian kemaluan: Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur
- Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes): Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, ‘panas’ dan bengkak di bahagian kemaluan
- Sifilis :Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj.
- Jerawat
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera .