
Sulit
4 tahun
Jika tiada pil ubat apa yang boleh dimakan untuk mengelak daripada hamil
Selain memakan pil untuk membunuh persenyawaan sperma dan ovum apa lagi yang blh digunakan jika tiada pil…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan selain pil. Antaranya:
- Penggunaan kondom
- suntikan perancang kehamilan (Depo provera)
- Suntikan tanaman (Implanon)
- alat pencegah kehamilan di rahim dalam masa 5 tahun.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih