
Sulit
5 tahun
Kadang kadang dada menyucuk selepas menarik nafas
Saya berumur 24 tahun dan telah membuat ecg test dan juga check darah tentang jantung but alhamdulillah semua okay. Kadang kadang saya tarik nafas rasa menyucuk seperti jarum. Adakah sebab saya terlalu banyak berfikir tentang masalah sakit saya sehingga boleh menjejaskan pemikiran saya dr?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada ketika menarik nafas boleh disebabkan:
- Kekejangan otot dada
- Keresahan
- Radang tulang rusuk akibat jangkitan kuman atau kecederaan
- Radang pleura paru-paru - akibat jangkitan atau penyakit auto-imun
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.