
Sulit
3 tahun
Kadang Kadang sakit dada and sejuk hujung kaki
Sy wanita 22 thun, sy kadang Kadang sakit dada Dan hujung kaki sejuk, blh sy thu kenapa? Dan buleh ke kalau saya ambil vaksin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh ambil vaksin, ia tidak akan mempengaruhi kesihatan anda.
Gejala anda alami tersebut, sakit dada dan hujung kaki sejuk boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kurang darah (anemia)
- Faktor persekitaran seperti stress, kegelisahan, sejuk dan lain
- Penyakit pada saluran darah
- Jangkitan
- Penyakit pada sistem pernafasan
- Penyakit jantung
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.