
Sulit
3 tahun
Kadang sukar bernafas
Saya berumur 33tahun.dalam beberapa hari ni…saya rasa pernafasan saya x stabil…lain² tiada apa² pn rasa sakit pn…cma pernafasan je masalah saya…ada ka jangkitan c-19 ke atau bkn jangkitan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami faham kegusaran anda mengenai gejala sesak nafas yang dialami dan ia amat mengganggu. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan ia boleh berpunca daripada masalah ringan ataupun penyakit yang lebih serius.
Antara punca lazim yang dikaitkan dengan masalah sesak nafas adalah:
- Masalah atau serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
Walaupun sesak nafas merupakan salah satu gejala COVID-19, tetapi untuk mengesahkan sama ada ia adalah disebabkan jangkitan COVID-19 ataupun tidak, ujian pengesahan PCR perlulah dibuat.
Sekiranya anda mengesyaki anda mempunyai kontak rapat dan mempunyai gejala-gejala COVID-19, kami sarankan anda untuk merujuk kepada doktor atau anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai gejala sesak nafas yang dialami oleh anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.