
Sulit
5 tahun
Kadang2 perlu benafas dalam2 dan sakit belakang
salam doktor,
saya sering tak puas untuk bernafas, kadang2 perlu tarik nafas dalam2, bahagian belakang saya tersa macam sengal2.
saya telah membuat ecg sebamnyak 5 kali dan chest xray sebanyak 2 kali, dan doktor mengesahkan semuanya normal… gejala ini saya hadapi sejak akhir 2016 lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Masalah psiakitri seperti panic attack
Sekiranya semua keputusan anda normal tetapi gejala tersebut masih ada dan menganggu aktiviti harian anda, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor psiakitri bagi mendapatkan pemeriksaan dengan mereka.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.