Sulit
2 tahun
Kadar Testosterone dalam badan
Hi doctor sy 21 tahun …setia pagi batang zakar saya tidak berapa keras maksud saya tidak mencapai ereksi sepenuhnya dan tidak tahan lama keras? adakah hormon Testosterone dalam badan saya kurang ? dan bagaimanakah doctor di hospital memeriksa kesihatan kadar Testosterone dalam badan saya adakah melalui pengambilan sel darah atau sebagainya ?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara tanda kadar testosteron rendah untuk lelaki adalah:
- keguguran rambut
- masalah ereksi
- kesukaran untuk tidur pada waktu malam
- gynecomastia
Saya menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mengetahui punca masalah anda. Sebelum saya boleh memberikan cadangan pada supplemen atau ubat, beberapa pemeriksaan perlu dilakukan mengenai kesihatan anda. Untuk mendapatkan supplemen testosteron yang sesuai dengan anda, kadar testosteron perlu diketahui dahulu.
Ujian darah adalah cukup untuk mengetahui kadar testosteron dalam badan anda.
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Saya berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih