
2191fadia
5 tahun
Kaedah pengambilan Pil perancang brand regulon
Hi…saya ingin kepastian
Kali terakhir saya makan pil perancang pada Hari rabu 4.12.2019 Dan rehat selama 7hari… pertanyaan saya adakah saya perlu mengambil semula makan pada Ari ketujuh atau Ari kelapan?tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tempoh berehat selepas pengambilan pil perancang adalah selama 7 hari. Maksudnya, anda akan memulakan set ubat yang baru pada hari kelapan iaitu pada haribulan 12 Disember 2019 berdasarkan kiraan terkahir anda iaitu 4 Disember 2019.
Untuk mengetahui dengan lebih mendalam, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.