
Sulit
4 tahun
Kahak banyak dan sentiasa berkahak
Salam doc, saya seorang lelaki berusia 27 tahun. saya ada masalah kahak yang banyak dan sentiasa ada tapi tidak batuk. dari kecil lagi. lagi2 lepas makan, kahak akan nak terkeluar. sehinggakan ada masalah mulut berbau. dan saya rasakan, mulut berbau juga disebabkan kahak yang banyak di tekak. dulu kalau tak silap, doc pernah cakap ada masalah bronchitis. tapi saya x tahu adakah betul itu punca kahak yang banyak dan sentiasa ada tanpa saya batuk, dan kesannya, mulut berbau. mohon pencerahan doc. saya betul2 mohon pencerahan. thanks.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kahak banyak dan kerap yang anda alami boleh disebabkan:
- Masalah alahan saluran udara
- Penyakit “cystic fibrosis” - jarang berlaku pada rakyat malaysia
- Masalah “Bronkiektasis” - iaitu saluran udara bawah yang kekal terbuka. Boleh disebabkan oleh sejarah jangkitan kuman dahulu, penyakit keturunan, penyakit imun lemah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.