Anonymous
4 tahun
Kahak, batuk dan sakit tekak
Salam, saya Natalya berumur 16 tahun saya. Saya alami kahak dalam kerongkong susah nak dikeluarkan. Saya juga batuk teruk sehingga penat dan perut berasa sakit dan kadang kadang jika saya buang kahak ada beberapa titisan darah pada kahak . Pada bulan puasa ini saya tarpaksa banyak mengeluarkan airliur sehingga tekak saya kering dan kahak berpanjangan, hidung saya juga tidaj dapat mengidu bau kerana tersumbat . Setiap hari saya buang hingus dgn kahak dgn banyak tetapi dikerongkong tetap ada kahak . Saya dah cuma wapkan hidung pada air panas dan keluar banyak tetapi masih ada juga setiap minggu saya buat 4 kali . Dan kepala saya berat sehingga mata saya jadi merah .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan terhadap masalah kesihatan anda. Batuk berkahak/darah boleh terjadi akibat punca punca tersebut:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Pendarahan juga boleh berlaku akibat usaha anda untuk mengeluarkan kahak tersebut.Jika hal ini berterusan anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih