
Sulit
4 tahun
Kahak berbuah putih
saya adalah lelaki berumur 18,kahak sy berbuah putih dan jarang batuk,apakah tanda2 ini,blh jelaskan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai kahak berwarna putih yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kahak berwarna putih boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Gejala asma
- Jangkitan bakteria yang baharu
- Penyakit kronik penyekatan salur nafas (COPD)
- Pneumonia (Jangkitan paru-paru)
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
Selalunya, penyakit yang di atas akan menyebabkan batuk. Oleh itu, anda harus berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan demi mengetahui punca masalah anda dengan lebih tepat.
Pelbagai siasatan lanjut harus dilakukan di hospital seperti ujian kahak, ujian darah dan x-ray.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.