
Sulit
4 tahun
Kahak berdarah setiap pagi, tetapi tidak batuk atau selesema
Salam Dr. Saya berumur 29 tahun. Saya nak tanya semenjak beberapa hari ni saya perasan ada darah dekat kahak. Tapi saya tidak batuk atau selesema. Ini berlaku setiap pagi. Warna darah merah gelap sedikit.memandangkan keadaan sekarang dengan isu virus, saya tidak dapat keluar untuk melakukan pemeriksaan. Saya harap Doktor dapat membantu untuk memberikan sedikit penjelasan berkaitan dengan kesihatan saya. Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kahak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cuaca persekitaran panas terik . Persekitaran yang terlampau panas akan menyebabkan badan kita menjadi kering dengan cepat. Perkara ini secara tidak langsung juga akan menyebabkan mukosa dalam hidung mengalami kekeringan. Justeru itu, apabila seseorang menghembus nafas terlalu kuat maka ia akan membawa kepada pendarahan.
- Jangkitan bakteria atau virus . Hal ini demikian kerana selesema akan menyebabkan keradangan dalam hidung sekali gus menyebabkan kepecahan saluran darah dalam hidung.
- Berlaku sebarang trauma kepada bahagian hidung.
- Masalah pembekuan darah
- Menggunakan pencair darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.