
leeya87
4 tahun
Kahak berwarna putih dan hijau setiap kali bangun tidur
Saya wanita berumur 32 tahun.4tahun saya mengalami masalah ini doktor.kahak berwarna putih dan hijau setiap pagi @ selepas bangun tidur.sekarang kerap berkahak tidak kira bangun tidur @ berjaga.saya tidak pernah pergi ke klinik untuk check.apa yang patut saya lakuka?.kahak tersebut adakalanya menyekat saluran dikerongkong dan hidung saya.bantu lah saya doktor😭

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan terhadap masalah kesihatan anda. Kahak tersekat di tekak boleh terjadi akibat punca punca tersebut:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Pendarahan juga boleh berlaku akibat usaha anda untuk mengeluarkan kahak tersebut.Jika hal ini berterusan anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih