
Sulit
5 tahun
Kahak dalam saluran pernafasan
hi doc. saya pelajar perempuan berumur 19 tahun, sejak sebulan lepas saya kehidupan harian saya terganggu sebab saya rasa macam ada kahak yang banyak dalam sistem pernafasan saya tapi saya takde batuk atau selsema sebelum ini mahupun sekarang. suara saya pun turut berubah menjadi kasar dan garau. saya berniat ke klinik tapi saya fikir mungkin ianya bukan satu penyakit yang serius. boleh doc terangkan kenapa hal ni berlaku ? terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sensasi seperti terdapat kahak yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan - punca alahan perlu diketahui
- Asma
- Penyakit paru-paru sempit - akibat keturunan ataupun sejarah merokok
- Penyakit Fibrosis sistik
- Jangkitan saluran udara
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih