axhrxh
3 tahun
Kahak di tekak Saya
Saya lelaki berusia 30 tahun, nak tny doktor knp ye lepas makan tekak sy ada kahak…setiap kali lepas makan, Dan xde sakit apa2 pun bhagian badan sy…,batuk sakit tekak pun tidak,kahak tuu lbh kurang 10-15 minit…lpas tu kembali normal…kahak sy wrn putih jernih dan berbuih…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala ini adalah normal sekiranya tidak menyumbatkan saluran makan atau saluran pernafasan anda. Ini bukan kahak dan ini berlaku akibat penghasilan air liur yang berlebihan. Air liur mengandungi enzim yang boleh menghancurkan makanan dan ianya sangat penting untuk badan kita untuk menyerap nutrisi makanan tersebut. Oleh itu, anda tidak perlu berisau terhadap gejala yang normal ini.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.