amalisya1980
3 tahun
Kahak melekat di tekak
Saya wanita berusia 39 tahun dan sedang hamil 8 minggu.Bolehkah saya mengambil pil Mucinex 600mg untuk mencairkan kahak yang melekat di tekak? Ini kerana kahak sukar dikeluarkan dengan berbatuk.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan ubat Mucinex 600mg adalah tidak disarankan kepada ibu hamil tanpa nasihat doktor kerana bahan aktifnya berpotensi membuatkan kecacatan kepada janin dalam kandungan. Oleh yang demikian, sekiranya anda mempunyai masalah batuk dan kahak yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor anda ataupun boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.