
syafiqzamri18
4 tahun
Kahak putih berbuih
Saya mempunyai kahak putih dah berbuih di sekitar di tekak. Saya tidak batuk mahupun demam dan juga tidak merokok. Apakah punca penyebab itu berlaku. Dan bagaimana cara perawatannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi membuat kesimpulan. Saya kurang jelas dengan gejala yang dialami oleh anda.
Akan tetapi masalah kahak boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Masalah alergik yang serius
Post nasal drip
Jangkitan kuman bakteria mahupun virus pada saluran pernafasan
Antara rawatan bagi menghilangkan kahak adalah:
Minum air suam dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak
Kayu manis yang dicampuri sedikit madu dan dibancuh bersama air boleh membantu menghilangkan lendiran pada tekak ini- petua ini haruslah diamalkan tiap-tiap hari pada waktu pagi serta waktu malam sebelum tidur dan bukan sekadar sehari sahaja. Apabila menjadi amalan setiap hari, barulah kahak yang tersekat di tekak tersebut dapat dicairkan dan dikeluarkan dengan lebih mudah.
Sekiranya masalah kahak ini wujud disebabkan oleh sebarang alergi, maka untuk merawatnya kita harus mencari punca berlakunya alergi tersebut dan memastikan kita tidak lagi terdedah kepada punca tersebut.
Ubat-ubatan- anti histamine’ atau ‘steroids’. Namun anda harus mendapatkan nasihat dan preskripsi dari dontor untuk mendapatkan ubat ini.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi kerana maklumat yang diberikan adalah terhad. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan itu, rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.